السلام عليكم ! أهلا وسهلا إلى موقعنا..مع النجاح في الدنيا والأخرةSeMoGA SamA-sAmA BeRoLEh mAnFaaT!!

السلام عليكم ! أهلا وسهلا إلى موقعنا..مع النجاح في الدنيا والأخرةSeMoGA SamA-sAmA BeRoLEh mAnFaaT!!

Sabtu, 17 September 2011

Beruntunglah!!!!!!


Ganjaran Menguruskan Jenazah
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ
عََنَّ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ مَنْ صَلَّى عَلَى جَنَازَةٍ وَلَمْ يَتْبِعَهَا فَلَهُ قِيرَاطٌ
فَاِنْ تَبِعَهَا فَلَهُ قِيرَاطَانِ قِيلَ وَمَا الْقِيرَاطَانِ
قَالَ أَصْغَرُهُمَا مِثْلُ أُحُدٍ
Dari Abu Hurairah radhiALLAhu anhu katanya :
"Bersabda Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam:
"Barang siapa yang menyembahyangkan jenazah tetapi tidak menghantarnnya
diganjarkan dengan sebahagian pahala sahaja, jika ia turut menghantarkannya
maka akan mendapat dua pahala"
Rasulullah ditanya tentang kadar dua bahagian pahala itu
jawab beliau : "Yang terkecil dari dua bahagian itu sebesar gunung Uhud."
Hadis sahih riwayat Muslim

Menghantar Jenazah
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
مَنِ اتَّبَعَ جَنَازَةَ مُسْلِمٍ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا
وَكَانَ مَعَهُ حَتَّى يُمَلَّى عَلَيْهَا وَيُفْرَغَ
مِن دَفْنِهَا فَإِنَّهُ يَرْجِعُ مِنَ الاَجْرِ بِقِيرَاطَيْنِ
كُلُّ قِيرَاطٍ مِثْلُ أُحُدٍ . وَمَنْ صَلَّى عَلَيْهَا
ثُمَّ رَجَعَ قَبْلَ أَنْ تُدْفَنَ فَإِنَّهُ يَرْجِعُ بِقِيرَاطٍ


Dari Abu Hurairah radhiALLAHu anhubahawasanya Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda :
"Barang siapa yang ikut menghantar jenazah seorang muslim
kerana didorong adanya rasa keimanan dan mengharap keredhaan
ALLAH dan dia terus bersama jenazah itu sehingga dia juga ikut
menyembahyangkannya dan sampai diselesaikan pengebumiannya.
Maka sesungguhnya orang yang mengerjakan semua itu pasti kembali
ke rumahnya dengan membawa pahala dua qirath, setiap qirath adalah
sama besarnya dengan gunung Uhud. Adapun yang ikut sembahyang
atasnya lalu pulang kerumahnya dan tidak ikut ke kubur
sebelum jenazah dikebumikan, maka orang itu kembali dengan hanya
mendapat pahala sebesar satu qirath sahaja".
Hadis sahih riwayat Bukhari