Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:
Aku bertanya Rasulullah s.a.w: Apakah dosa yang paling besar di sisi Allah? Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau menjadikan iaitu menganggap ada yang sebanding dengan Allah sedangkan Dialah yang menciptakanmu. Aku berkata: Sesungguhnya dosa demikian memang besar. Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Kemudian engkau membunuh anakmu kerana bimbang dia makan bersamamu iaitu makananmu. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Rasulullah s.a.w bersabda: Jika engkau berzina dengan isteri jiranmu.
(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #124,Bab Mensyirikkan Allah Merupakan Seburuk buruk Dosa Dan Keterangan Tentang Dosa dosa Yang Lain Selepasnya