Diceritakan oleh Muhammad bin Amr bin Atha' RadiAllahu anhu, bahawasanya dia pernah duduk bersama beberapa orang sahabat Nabi Sallallahu alaihi wasalam membicarakan perihal solat Nabi. Abu Humaid Sa'idi mengatakan " Saya yang paling ingat di antara kamu akan solat Rasulullah Sallallahu alaihi wasalam.
Ketika takbir baginda ku lihat mengangkat kedua belah tangannya sampai setentang dengan bidang kedua bahunya.
Ketika ruku' baginda meletakkan kedua tapak tangan di atas lututnya dan diratakan punggungnya.
Apabila baginda telah mengangkat kepala ( bangkit ) dari ruku', baginda berdiri tegak lurus sehingga tulang punggung beliau kembali tegak lurus seperti biasa.
Ketika sujud, baginda meletakkan kedua tapak tangannya ( ke bumi ) tetapi lengannya tidak diletakkan dan tidak pula dirapatkan ke rusuk serta hujung jari kakinya dihadapkan ke arah kiblat.
Apabila baginda duduk sesudah dua raka'at, baginda duduk dia atas kakinya yang kiri dan menegakkan tapak kakinya yang kanan.
Duduk pada raka'at yang akhir, baginda menghulurkan tapak kakinya yang kiri ke sebelah kanan dan ditegakkannya tapak kakinya yang ( kanan ) dan baginda duduk dipinggulnya.
Hadis Riwayat Bukhari.
السلام عليكم ! أهلا وسهلا إلى موقعنا..مع النجاح في الدنيا والأخرةSeMoGA SamA-sAmA BeRoLEh mAnFaaT!!
TERKINI..
Selasa, 19 Mei 2009
HADIS ALYAUM..... renungkan !

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah Sallallahu alaihi wasalam bersabda : " Agama Islam itu terdiri daripada 5 perkara : Menjadi saksi bahawa tiada Tuhan selain ALLAH dan Muhammad adalah pesuruh ALLAH, Mendirikan solat, Menunaikan zakat, Menunaikan haji di Mekkah dan berpuasa di bulan Ramadhan.
( Riwayat Bukhari dan Muslim )
( Riwayat Bukhari dan Muslim )
Langgan:
Catatan (Atom)