"Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal lagi daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca firnah dan kepada mereka fitnah itu kembali."
(Diriwayatkan oleh al-Baihaqi)
Kuberpesan buat diriku..ahli keluargaku serta saudaraku Muslimin dan Muslimat..
Jadilah engkau muslim sejati,
kerana itu tandanya terangnya hati..
meraih redha dari Ilahi..
Apabila Aqidah tidak lagi dipelajari..
tentunya "Jauh panggang dari api" ianya dihayati..
terbukti sudah iman hanya sekerat hati,
kononnya dialah muslim hakiki..
padahal kejahilan bertakhta di hati..
tidak dia sedari nafsu menguasai diri...
tewas di dalam ujian penentuan imannya sendiri...
Justeru..
baikilah diri..
mantapkan imanmu dengan ilmu bermanfaat yang kau pelajari..
walau hanya setitis dari kurniaan Ilahi..
lautan wajib kau syukuri..
semoga Islammu bukan lagi untuk ditatapi
tetapi engkau terjemahkan dari hati.. lahir ke budi...
Hanya untukMu Ya Ilahi....