السلام عليكم ! أهلا وسهلا إلى موقعنا..مع النجاح في الدنيا والأخرةSeMoGA SamA-sAmA BeRoLEh mAnFaaT!!

السلام عليكم ! أهلا وسهلا إلى موقعنا..مع النجاح في الدنيا والأخرةSeMoGA SamA-sAmA BeRoLEh mAnFaaT!!

Isnin, 27 Julai 2009

Apa yang telah masuk ke dalam perutmu?

Pengalaman mengikuti satu kursus di bawah anjuran HPA ( Herba Penawar Al-Wahida ) tidak dapat saya lupakan. Sukacita saya berkongsi maklumat yang masih mekar dalam minda kepada semua saudara seislam. Kursus yang di adakan awal bulan ini di Jawi Golf Resort dikenali dengan Perkongsian Bijak Cemerlang ( PBC ).
Perkara penting yang perlu sesama kita ingati adalah : adakah benda-benda yang kita pakai seharian 100% halal dan toyyibah???? apatah lagi makanan yang masuk ke dalam perut kita setiap hari....kemudian ia menjadi darah daging kita. Tambahan pula ia turut mengalir dalam darah zuriat yang lahir dari benih kita.
Maka saya menyeru kepada diri sendiri dan juga para sahabat seislam, mulai dari hari ini sedayanya kita mengetahui perkara-perkara yang kita dapati dari kedai-kedai terutamanya supermarket-supermarket gergasi di negara kita yang bagai cendawan tumbuh sememangnya dihasilkan oleh tangan-tangan yang bersih lagi MUTATOHHIRIN...serta duit yang kita keluarkan untuk membeli sesuatu perkara itu akan mengalir mengikut jalan yang bersih lagi HALAL serta baik... Jangan kita ambil lewa.. dan jangan pula kita bersikap lepas tangan dengan tidak berusaha mengetahuinya sedangkan kita mampu...
HADIS RASULULLAH SALLALLAHU ALAIHI WASALAM:
عَنْ أبي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِ صَلَى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلم قَالَ : يَأْتِيْ عَلَى النَّاس زَمَانٌ لاَ يُبَالِي المَرْءُ مَا أَخَذَ مِنْهُ أَمِنَ الحَلالِ أَمْ مِنْ الحَرَامِ
Maksudnya: Dari Abu Hurairah RadiALLAHu a'nhu, dari Nabi Sallallahu alaihi wasalam bersabda : " Bakal datang kepada manusia satu masa, di mana manusia tidak peduli apa yang diambilnya: apakah dari yang halal ataukah dari yang haram".
Banyak makanan hari ini sudah menjadi bercampur-baur dek kerana perbuatan musuh utama agama kita.. Bermuka manis tetapi mereka sedaya upaya berusaha mengalirkan kedalam tubuh kita dari makanan yang haram secara halus..... Contohnya : daging burger ayam yang disaluti dengan lemak khinzir.. diplastiknya tertera logo halal ... jadi berhati-hatilah... diluar sana ada banyak lagi penipuan demi penipuan yang telah dirancang dengan halus oleh musuh-musuh islam... dari pada makanan, barang kosmetik wanita..pinggan mangkuk ... mahupun barang kegunaan harian berbentuk sabun, ubat gigi dan sebagainya...
Bukankah kita suka dan rindu untuk melahirkan generasi yang soleh dan solehah...maka perkara utama yang perlu kita jaga dari sebelum generasi itu membentuk di perut si ibu adalah pemakanannya , rohani dan jasmani...
ALLAHu A'lam