| Ganjaran Menguruskan Jenazah |
| عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ |
| عََنَّ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ |
| قَالَ مَنْ صَلَّى عَلَى جَنَازَةٍ وَلَمْ يَتْبِعَهَا فَلَهُ قِيرَاطٌ |
| فَاِنْ تَبِعَهَا فَلَهُ قِيرَاطَانِ قِيلَ وَمَا الْقِيرَاطَانِ |
| قَالَ أَصْغَرُهُمَا مِثْلُ أُحُدٍ |
| Dari Abu Hurairah radhiALLAhu anhu katanya : |
| "Bersabda Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam: |
| "Barang siapa yang menyembahyangkan jenazah tetapi tidak menghantarnnya |
| diganjarkan dengan sebahagian pahala sahaja, jika ia turut menghantarkannya |
| maka akan mendapat dua pahala" |
| Rasulullah ditanya tentang kadar dua bahagian pahala itu |
| jawab beliau : "Yang terkecil dari dua bahagian itu sebesar gunung Uhud." |
| Hadis sahih riwayat Muslim |
| Menghantar Jenazah |
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
مَنِ اتَّبَعَ جَنَازَةَ مُسْلِمٍ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا
وَكَانَ مَعَهُ حَتَّى يُمَلَّى عَلَيْهَا وَيُفْرَغَ
مِن دَفْنِهَا فَإِنَّهُ يَرْجِعُ مِنَ الاَجْرِ بِقِيرَاطَيْنِ
كُلُّ قِيرَاطٍ مِثْلُ أُحُدٍ . وَمَنْ صَلَّى عَلَيْهَا
ثُمَّ رَجَعَ قَبْلَ أَنْ تُدْفَنَ فَإِنَّهُ يَرْجِعُ بِقِيرَاطٍ
| Dari Abu Hurairah radhiALLAHu anhubahawasanya Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda : |
| "Barang siapa yang ikut menghantar jenazah seorang muslim |
| kerana didorong adanya rasa keimanan dan mengharap keredhaan |
| ALLAH dan dia terus bersama jenazah itu sehingga dia juga ikut |
| menyembahyangkannya dan sampai diselesaikan pengebumiannya. |
| Maka sesungguhnya orang yang mengerjakan semua itu pasti kembali |
| ke rumahnya dengan membawa pahala dua qirath, setiap qirath adalah |
| sama besarnya dengan gunung Uhud. Adapun yang ikut sembahyang |
| atasnya lalu pulang kerumahnya dan tidak ikut ke kubur |
| sebelum jenazah dikebumikan, maka orang itu kembali dengan hanya |
| mendapat pahala sebesar satu qirath sahaja". |
| Hadis sahih riwayat Bukhari |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan