السلام عليكم ! أهلا وسهلا إلى موقعنا..مع النجاح في الدنيا والأخرةSeMoGA SamA-sAmA BeRoLEh mAnFaaT!!

السلام عليكم ! أهلا وسهلا إلى موقعنا..مع النجاح في الدنيا والأخرةSeMoGA SamA-sAmA BeRoLEh mAnFaaT!!

Isnin, 6 September 2010

KEMBARA RAMADHAN 2: ANTARA KUANTITI DAN KUALITI

Antara Kualiti dan Kuantiti.

Saya yakin para pembaca sekalian mengetahui bahawa kualiti adalah lebih penting daripada kuantiti. Maka terhadap Solat Terawih, pastikan ia dilaksanakan secara baik (kualiti) dan tidak sekadar mengejar rakaat yang banyak (kuantiti). Antara aspek kualiti yang sering ditinggalkan ialah:

1. Meninggalkan bacaan al-Qur’an secara tartil, iaitu sebutan kalimah-kalimah al-Qur’an secara jelas berdasarkan disiplin tajwid yang betul. Allah s.w.t. memerintah kita: “Dan bacalah al-Qur’an dengan tartil.” [Surah al-Muzammil, ayat 4]

2. Meninggalkan bacaan doa iftitah sebelum al-Fatihah dan bacaan surah-surah selepas al-Fatihah. Ini satu kerugian kerana bacaan-bacaan itu memberi ganjaran pahala yang amat besar.

3. Mengabaikan thama’ninah, iaitu kekal di dalam sesuatu posisi solat seperti rukuk, iktidal, sujud dan duduk di antara dua sujud. Tempoh kekal di dalam sesuatu posisi ialah sehingga bacaan dalam posisi itu dapat dilengkapkan dengan betul dan sempurna jumlahnya. Pernah ada seorang lelaki yang bersolat tanpa thama’ninahpada zaman Rasulullah s.a.w.. Melihat cara solat lelaki itu, Rasulullah s.a.w. memerintahkan beliau untuk mengulanginya [Shahih al-Bukhari, no: 757]. Tindakan baginda menyuruh lelaki itu mengulangi solat menunjukkan thama’ninah ialah syarat sah solat. Sesiapa yang meninggalkannya bererti solatnya, sama ada Solat Terawih atau selainnya, adalah tidak sah.

4. Meringkaskan bacaan selawat. Ada pendapat yang membahagikan bacaan selawat ketika duduk tasyahud sebagai wajib dan sunat. Bahagian awal selawat: “Allahumma sholli ‘ala Muhammad” dikatakan wajib manakala seterusnya dikatakan sunat. Maka atas tujuan meringkaskan Solat Terawih, hanya bahagian awal selawat yang dibaca. Ini adalah satu kesalahan kerana pembahagian selawat ketika duduk tasyahudkepada wajib dan sunat tidak berasal daripada petunjuk al-Qur’an dan hadis. Selawat wajib dibaca keseluruhannya, selengkapnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan